December 31, 2009
Happy New Year 2010
December 29, 2009
December 27, 2009
Sazzy & Nazril Kalah, Sein & Nana Juara Sehati Berdansa Musim Ke-3
Setelah mendapat pujian melambung dari juri dengan kutipan markah sehingga 100% beberapa kali, lakukan stunt dan gerak tari yang berbahaya dalam setiap persembahan tarian dan sokongan penuh dari peminat...akhirnya Sazzy & Nazril kalah di tangan pasangan Sein & Nana.
Dengan kejayaan itu, Sein & Nana telah memenangi hadiah berupa sebuah kereta Audi A4(1.8), pakej percutian ke Rom (Itali) serta trofi rebutan sumbangan Astro. Selain berjaya mengumpul RM20,000 untuk rumah kebajikan yang mereka wakili.
Pasangan Sazzy & Nazril pula terpaksa berpuas hati di tempat kedua dengan membawa pulang pakej percutian ke Australia dan trofi serta dana kepada rumah kebajikan mereka berjumlah RM15,000.
Dalam acara kemuncak ini, kedua-dua pasangan telah ditugaskan menari mengikut 2 genre lagu iaitu Melayu Kontemporari dan Latin. Sejak pusingan tarian yang pertama, pasangan Sazzy & Nazril telah mendapat sorakan yang lebih kuat berbanding pasangan Sein & Nana. Namun ini tidak melemahkan semangat pasangan Sein & Nana untuk terus memberikan saingan. Tidak dinafikan kedua-dua pasangan itu telah menunjukkan persembahan yang hebat dan membanggakan..
Suasana di dalam dewan B, PICC Putrajaya seperti tergamam dengan keputusan muktamad itu. Ada mengharapkan kemenangan kepada pasangan Sazzy & Nazril.
Mengapa? Apa silapnya? Ternyata undian SMS tidak berpihak kepada Sazzy & Nazril
December 23, 2009
December 22, 2009
December 21, 2009
Padang Kota
Knowing Penang popular dengan Pasembur. So tak sah le kalau tak pekena kan..maka aku ke Padang Kota. Lama sungguh tak ke sana..last aku pegi time tu sekolah lagi. Long time ago..
Jenuh dok pikir kedai mane yang besh..aku decided pick kedai nie. Menggunung segala macam pasembur. Bikin aku tertarik..huhuhu
Pilih bang..nak itu yer..tambah nie yer..yang itu pun nak..
December 17, 2009
Salam Maal Hijrah
Selamat menyambut Awal Muharram pada semua..
Hepi weekend dan selamat bershopping bersama insan yang tersayang..
Daa..
Rabu
Hari Rabu yang sangat ujian bagi aku...sebab???
Sob..sob..sob...
Hari rabu lepas aku turun Ipoh untuk settlekan segala bil-bil credit card. sambil2 bersosial secara solo aku berhajat nak ke Jusco..hajat nak cari heel. Jemu plak asyik pakai yang lama jer..bernapsu nyer akuu!!!!!
Tetiba..JPJ ada buat roadblock. aku dengan gaya confident nya maju ke hadapan.
Hahahaha..sesuatu telah terjadi. Sorang peg JPJ suh aku ke tepi. Motip???? Aku pun buat2 bertanya..Bushhhh..Roadtax keta aku dah mati..
Lihatttt...
Macamana aku boleh luper benda sebesar ni. Bayangkan nak dekat 10hari merata dah aku bawak. Mujur lah kena tahan..kalau idak aku rsa sampai sekarang masih tak sedar roadtax ni dah mampussssssss....
Yang salah tetap salah kan...kan. Harus terima tu. Dengan sebak capai telefon..terus call hubby. Huhuhuhu..hubby outstation kat Parit Buntar. Jawab nye aku kena settle sendiri.
Maka..dapat surat cinta dari mereka2 ni. Saman ya u olls. Perintah hadir mahkamah 17 Mac 2010..Haarggghhhh..Ini 1st aku jadi cam gini..Suatu pengajaran bagi aku..dan jugak bagi hubby yang nape tak nak ingatkan akuuu...
Sob..sob..sob
December 12, 2009
Farmville
Salam...
Saper minat layan Farmville?
Ngeeee:)
So, dek teringin tengok mereka ni...aku mula rekues kat my adeq..pleaseee!!! sila jangan cerca aku..ok!
Besh ruper nyer….Hehehehe..nie gara2 mereka ni lahh..bagi wabak kat aku. Aku kira2 budak baru belajar..comfirm2 aku kerah adeq aku buat...hohohoho
Nak set alarm..kul 4pagi nak bangun..nak menuai u olls..
Night..
December 11, 2009
Seminar Motivasi..besh!!!!
Salam Petang Jumaat U Olls…..
Tatkala kalian semua membaca entry ini..aku duk di rumah..cuti!!! ada urusan kerjaan yang nak disettlekan. huhuhuhu
Semalam aku attend 'Seminar Motivasi & Kepimpinan'. yang sangat keterujaan nyer aku..penceramah Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah. Suatu kerugian kalau tak attend kan..kan..kan
Banyak info sepanjang seminar tu..memang tak kering gusi, gelak!!!! Setiap motivasi yang di bagi semalam..aku dah praktik semalam. sila percaya ok..
Alhamduliilah..Moga Allah memberi panduan pada aku untuk menjadi anak..isteri..pekerja yang cemerlang. Amin...
Selamat bercuti yaaa..
Selamat menghabiskan masa bersama family tersayang.
Daaaaaa……
Happy Weekend!!
December 10, 2009
terjumpa ini...
Aku terjumpa nie...
Waktu nie...ermmm...form 3 kot, RPS Ipoh '94. Aku serius gelakkkk besar bila tgok pic2 ni. I miss that moment!!!!! Zaman menggiler memasing..pikir nak main ajerr.
Planning nak buat reunion!!!!
Mereka2 yang masih aku ingati...
Huhuhuhuhu
December 08, 2009
baju korporat
Salam
Hai semua...
Huhuhuhu
Just nak bagitau..kat opis aku, untuk penghujung tahun ni setiap staff dapat sepasang 'Baju Korporat'. maka aku received baju tu petang tadi. Sesungguhnya jika tidak sesuai untuk aku..macamane???? At this moment..dalam kepala ni dah pikir ok ke aku pakai sebab berdasarkan previous series..setiap baju korporat yang aku dapat..cam jahanam je bila aku pakai.
Aarrrggghhhhhh!!!!!!
Perkara utama balik kerja..fitting!!!!
Oklah, not bad..puashati. Nak kata buruk..tak ler sangat. Nak kata lawa pun tak ler sangat. Bolehlahh!!!! Tangkap muat..sesuaiii ngan my body ok!!!!!
Hahahaha!!!! sian aku kan...
December 07, 2009
KB Mall runtuh
pagi tadi dikejutkan dengan berita "KB Mall runtuh". benar-benar mengejutkan bagaimana kereta boleh menjunam sebegitu.
December 03, 2009
Best Blog Award
Yehaaaa...
ngeeee:)
dah senyum tahap koyak bibir dah ni..huhuhuhuhu
kursus
otw balik..dapat call dari opismate bagitau aku kena attend kursus komputer esoknya. aku zass singgah opis nak ambik memo.
huhuhuhuhu..
kursus komputer Microsoft Office 2007. perlu ke aku pegi!!!! sure boring..memandangkan dapat sijil..kena akur!!!! seharian plak tu..8.00pg hingga 5.00petang..tidakkkkkk