December 31, 2009

Happy New Year 2010

4 puanrazma komen

Tinggal beberapa jam sahaja lagi, maka tahun 2009 akan melabuhkan tirainya menandakan permulaan bagi tahun 2010. Adalah menjadi kebiasaan, menjelangnya tahun yang baru, kita akan memperbaharui tekad dan keazaman demi mencapai matlamat yang disasar serta dicita-citakan.

:)

December 29, 2009

Cantik tapi bahaya

4 puanrazma komen

December 27, 2009

Sazzy & Nazril Kalah, Sein & Nana Juara Sehati Berdansa Musim Ke-3

4 puanrazma komen



Setelah mendapat pujian melambung dari juri dengan kutipan markah sehingga 100% beberapa kali, lakukan stunt dan gerak tari yang berbahaya dalam setiap persembahan tarian dan sokongan penuh dari peminat...akhirnya Sazzy & Nazril kalah di tangan pasangan Sein & Nana.

Dengan kejayaan itu, Sein & Nana telah memenangi hadiah berupa sebuah kereta Audi A4(1.8), pakej percutian ke Rom (Itali) serta trofi rebutan sumbangan Astro. Selain berjaya mengumpul RM20,000 untuk rumah kebajikan yang mereka wakili.

Pasangan Sazzy & Nazril pula terpaksa berpuas hati di tempat kedua dengan membawa pulang pakej percutian ke Australia dan trofi serta dana kepada rumah kebajikan mereka berjumlah RM15,000.

Dalam acara kemuncak ini, kedua-dua pasangan telah ditugaskan menari mengikut 2 genre lagu iaitu Melayu Kontemporari dan Latin. Sejak pusingan tarian yang pertama, pasangan Sazzy & Nazril telah mendapat sorakan yang lebih kuat berbanding pasangan Sein & Nana. Namun ini tidak melemahkan semangat pasangan Sein & Nana untuk terus memberikan saingan. Tidak dinafikan kedua-dua pasangan itu telah menunjukkan persembahan yang hebat dan membanggakan..

Suasana di dalam dewan B, PICC Putrajaya seperti tergamam dengan keputusan muktamad itu. Ada mengharapkan kemenangan kepada pasangan Sazzy & Nazril.

Mengapa? Apa silapnya? Ternyata undian SMS tidak berpihak kepada Sazzy & Nazril


:)

December 23, 2009

:)

0 puanrazma komen



segalanya bermula di sini

December 22, 2009

Kenangan lalu..RPS Ipoh 1993-1998

0 puanrazma komen


Form 2 Dahlia


Form 3 Dahlia


Form 4 Dahlia


Form 5 Dahlia


Form 6AM

December 21, 2009

Padang Kota

8 puanrazma komen


Weekend ni aku ke Penang

Knowing Penang popular dengan Pasembur. So tak sah le kalau tak pekena kan..maka aku ke Padang Kota. Lama sungguh tak ke sana..last aku pegi time tu sekolah lagi. Long time ago..


Jenuh dok pikir kedai mane yang besh..aku decided pick kedai nie. Menggunung segala macam pasembur. Bikin aku tertarik..huhuhu

Pilih bang..nak itu yer..tambah nie yer..yang itu pun nak..


Terhidang...rm27.00. Ushhhh mahal jugak!!!
Apa lagi...serangggg


Dah puas makan Pasembur..disulami dengan Kerang Bakar..Nasi Goreng Pattaya..ABC. Urllppp..alhamdulillah!!!!

Kami duk lepak tepi-tepian laut ni sambil hirup udara dan dibuai tiupan angin laut yang memang kencang.

Around 10.30pm aku gerak pulang..kul 1.30pg tiba. Huhuhuhu

Pics yang lain?????

……:)

December 17, 2009

Salam Maal Hijrah

2 puanrazma komen
Salam...

Selamat menyambut Awal Muharram pada semua..

Hepi weekend dan selamat bershopping bersama insan yang tersayang..

Daa..

Rabu

4 puanrazma komen

Hari Rabu yang sangat ujian bagi aku...sebab???


Sob..sob..sob...

Hari rabu lepas aku turun Ipoh untuk settlekan segala bil-bil credit card. sambil2 bersosial secara solo aku berhajat nak ke Jusco..hajat nak cari heel. Jemu plak asyik pakai yang lama jer..bernapsu nyer akuu!!!!!

Tetiba..JPJ ada buat roadblock. aku dengan gaya confident nya maju ke hadapan.

Hahahaha..sesuatu telah terjadi. Sorang peg JPJ suh aku ke tepi. Motip???? Aku pun buat2 bertanya..Bushhhh..Roadtax keta aku dah mati..

Lihatttt...


Macamana aku boleh luper benda sebesar ni. Bayangkan nak dekat 10hari merata dah aku bawak. Mujur lah kena tahan..kalau idak aku rsa sampai sekarang masih tak sedar roadtax ni dah mampussssssss....

Yang salah tetap salah kan...kan. Harus terima tu. Dengan sebak capai telefon..terus call hubby. Huhuhuhu..hubby outstation kat Parit Buntar. Jawab nye aku kena settle sendiri.

Maka..dapat surat cinta dari mereka2 ni. Saman ya u olls. Perintah hadir mahkamah 17 Mac 2010..Haarggghhhh..Ini 1st aku jadi cam gini..Suatu pengajaran bagi aku..dan jugak bagi hubby yang nape tak nak ingatkan akuuu...

Sob..sob..sob

December 12, 2009

Farmville

9 puanrazma komen


Salam...

Saper minat layan Farmville?

Huhuhu..fav my adeq tu..wife dia pun layan. asal malam jerr memasing start bertanam-tanaman mereka. (Matikklah klu terbaca statement aku ni..)

Ngeeee:)

So, dek teringin tengok mereka ni...aku mula rekues kat my adeq..pleaseee!!! sila jangan cerca aku..ok!

Besh ruper nyer….Hehehehe..nie gara2 mereka ni lahh..bagi wabak kat aku. Aku kira2 budak baru belajar..comfirm2 aku kerah adeq aku buat...hohohoho


Nak set alarm..kul 4pagi nak bangun..nak menuai u olls..

Night..

December 11, 2009

Seminar Motivasi..besh!!!!

0 puanrazma komen

Salam Petang Jumaat U Olls…..

Tatkala kalian semua membaca entry ini..aku duk di rumah..cuti!!! ada urusan kerjaan yang nak disettlekan. huhuhuhu

Semalam aku attend 'Seminar Motivasi & Kepimpinan'. yang sangat keterujaan nyer aku..penceramah Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah. Suatu kerugian kalau tak attend kan..kan..kan

Banyak info sepanjang seminar tu..memang tak kering gusi, gelak!!!! Setiap motivasi yang di bagi semalam..aku dah praktik semalam. sila percaya ok..

Alhamduliilah..Moga Allah memberi panduan pada aku untuk menjadi anak..isteri..pekerja yang cemerlang. Amin...

Selamat bercuti yaaa..

Selamat menghabiskan masa bersama family tersayang.

Daaaaaa……

Happy Weekend!!

December 10, 2009

terjumpa ini...

8 puanrazma komen
Salam semua..

Seharian hari ni aku layan FB. sambil2 terjah foto album rakan-rakan zaman2 sekolah dulu..guess what?????

Aku terjumpa nie...

dari kiri...aku, siti zubaidah, emil shaqira, maziah
dua dari kanan..aku luper sgt nama diaorang..harap ampun!!!!!!

Waktu nie...ermmm...form 3 kot, RPS Ipoh '94. Aku serius gelakkkk besar bila tgok pic2 ni. I miss that moment!!!!! Zaman menggiler memasing..pikir nak main ajerr.

Planning nak buat reunion!!!!


Mereka2 yang masih aku ingati...

Huhuhuhuhu

December 08, 2009

baju korporat

13 puanrazma komen

Salam

Hai semua...

Nak share sesuatu ngan korang semua. actually apa yang aku nak share ni tidaklah sangat istimewa..tapi..scaryy bagi aku ok!!!!

Huhuhuhu

Just nak bagitau..kat opis aku, untuk penghujung
tahun ni setiap staff dapat sepasang 'Baju Korporat'. maka aku received baju tu petang tadi. Sesungguhnya jika tidak sesuai untuk aku..macamane???? At this moment..dalam kepala ni dah pikir ok ke aku pakai sebab berdasarkan previous series..setiap baju korporat yang aku dapat..cam jahanam je bila aku pakai.

Aarrrggghhhhhh!!!!!!

Perkara utama balik kerja..fitting!!!!

Oklah, not bad..puashati. Nak kata buruk..tak ler sangat. Nak kata lawa pun tak ler sangat. Bolehlahh!!!! Tangkap muat..sesuaiii ngan my body ok!!!!!


[ gambar terpaksa di'blur' kerana cermin lama tak polish,berkarat!!!!! ]
huhuhu..rajin sangattttt



Hahahaha!!!! sian aku kan...

December 07, 2009

'Nenek Kebaya' final episode

7 puanrazma komen


nantikan malam ini...jam 8.30 di TV9

daaaa...

Selamat menonton!!!!

KB Mall runtuh

2 puanrazma komen

pagi tadi dikejutkan dengan berita "KB Mall runtuh". benar-benar mengejutkan bagaimana kereta boleh menjunam sebegitu.



more info, clik here

December 03, 2009

Best Blog Award

9 puanrazma komen

Yehaaaa...

1st time dapat award tau..ianya dari kak Faiz..thanks my dear. really2 appreciate it!!! Best Blog Award..best sgt ke????

ngeeee:)

dah senyum tahap koyak bibir dah ni..huhuhuhuhu

kursus

3 puanrazma komen
salam semua...

isnin lepas aku cuti..ke penang. takde urusan ape pun..just send kakak hubby kursus insentif kat USM for 3weeks. lama tuuuu!!! sangat gigih kakak hubby study..anak 4orang..bayangkan..boleh handle hal kerja, hal rumah n hal study plak tuu..aku tabik sring larrr kar dia.

otw balik..dapat call dari opismate bagitau aku kena attend kursus komputer esoknya. aku zass singgah opis nak ambik memo.

huhuhuhuhu..

kursus komputer Microsoft Office 2007. perlu ke aku pegi!!!! sure boring..memandangkan dapat sijil..kena akur!!!! seharian plak tu..8.00pg hingga 5.00petang..tidakkkkkk


 
Background by Jennifer Furlotte / Pixels and IceCream