December 27, 2009

Sazzy & Nazril Kalah, Sein & Nana Juara Sehati Berdansa Musim Ke-3




Setelah mendapat pujian melambung dari juri dengan kutipan markah sehingga 100% beberapa kali, lakukan stunt dan gerak tari yang berbahaya dalam setiap persembahan tarian dan sokongan penuh dari peminat...akhirnya Sazzy & Nazril kalah di tangan pasangan Sein & Nana.

Dengan kejayaan itu, Sein & Nana telah memenangi hadiah berupa sebuah kereta Audi A4(1.8), pakej percutian ke Rom (Itali) serta trofi rebutan sumbangan Astro. Selain berjaya mengumpul RM20,000 untuk rumah kebajikan yang mereka wakili.

Pasangan Sazzy & Nazril pula terpaksa berpuas hati di tempat kedua dengan membawa pulang pakej percutian ke Australia dan trofi serta dana kepada rumah kebajikan mereka berjumlah RM15,000.

Dalam acara kemuncak ini, kedua-dua pasangan telah ditugaskan menari mengikut 2 genre lagu iaitu Melayu Kontemporari dan Latin. Sejak pusingan tarian yang pertama, pasangan Sazzy & Nazril telah mendapat sorakan yang lebih kuat berbanding pasangan Sein & Nana. Namun ini tidak melemahkan semangat pasangan Sein & Nana untuk terus memberikan saingan. Tidak dinafikan kedua-dua pasangan itu telah menunjukkan persembahan yang hebat dan membanggakan..

Suasana di dalam dewan B, PICC Putrajaya seperti tergamam dengan keputusan muktamad itu. Ada mengharapkan kemenangan kepada pasangan Sazzy & Nazril.

Mengapa? Apa silapnya? Ternyata undian SMS tidak berpihak kepada Sazzy & Nazril


:)

4 puanrazma komen:

sueanne on December 27, 2009 7:02 PM said...

rasa cam lain mcm la kak..berbeza tul undian dua pasangan tue..huhu..

tamatlah riwayat sehati berdansa..hehehe..

puanrazma on December 27, 2009 10:34 PM said...

ahahhh..sgala gara2 pengaruh!!!!
pandai & hebat x menjaminkan kemenangan..
huhuhu..tgok Raja Lawak larr plak lepas ni..
mmg kasik 5star larr kt Sehati Bendansa!!!

faiz on December 28, 2009 7:51 PM said...

eeee..x suka sein & nana menang..sein menari okay..tp nana cam kayu..huhu...

puanrazma on December 28, 2009 9:55 PM said...

~faiz
setuju..setuju!!!!

 
Background by Jennifer Furlotte / Pixels and IceCream