October 31, 2009

Perak - Terengganu - Perak

12 puanrazma komen

Penat, letih, sakit pinggang, ngantuk, malas semuanya ada..

Malam semalam tiba di rumah dari Terengganu pukul 2.30pagi. Haaa..sangat jauh perjalanan maybe sebab ini 1st time pegi Terengganu..terasa sangat2 larr jauh. Huhuhu..penat!!! tak cukup tido..hahaha actually aku bukan drive sorang pun..bergilir2 drive ngan hubby..time hubby drive aku bantai tido sesedap nyer sampai kuar bunyikk!!

Huhuhuhu!!! tapi serius memang letih. mane tak nyer..kira2 perjalanan kitaorang ni (meh2 sini aku kirakan) merentas 5 negeri..Perak - Pahang - Kelantan - Terengganu - Selangor - Perak blik..kuar umah jam 5pagi sampai umah jam 2.30pagi..huhuhu (korang dapat tangkap tak apa yg aku cuba nak bagitau ni..bahawasanya dalam kurang 24jam boleh keliling merentas negeri2 ituu!!)

Menjelang petang baru nak update citer trip ke Terengganu ni..bantai pagi tadi bangkit kul 10pagi. itu jam larr nak buat bekpes, basuh baju, kemas rumah, sapu lantai. kul 12 settle bekpes merangkap lunch sekali..settle basuh baju, sidai baju, kemas dapur, kemas rumah..hahaha!!! Nak citer trip ke Terengganu ni bukanlah Cuti Cuti Malaysia pun..pegi ke sana atas urusan kerja mamaqaseh (klik larr kat sini..nak citer pun panjang berjela)

My Terengganu ni actually memang besh cuma tak berbaloi-baloi jerr sebab tak stay. memang teringin nak pegi lagi tapi time tu nak bercorak betul2 Cuti-Cuti Malaysia gitu. Insyallah..ada rezeki aku akan kembali ke sana lagi.

Memandangkan diberi pilihan datang Terengganu ni 1hari jerr..tempat2 yang ssmpat ktaorang singgah di Tasek Kenyir ngan Pantai Kemasik. view kat Tasek Kenyir cantik tapi disebabkan kurang pengunjung..tempat pun dah jadi cam terbiar..tandas pun cam hampehh sangat..cam haram!!! tapi kat Pantai Kemasik serius cantik..klasik tempatnya. tengah2 bercintan bagai ni memang damai ler.

sambil2 hirup angin tepi laut..tengok2 jam pun nak dekat kul 6..dah hitung2 dah agak2 kul bape sampai umah ni. huhuhu!! balik ni tak mau lagi ikut jalan Gua Musang..serik!!! ktaorang decide ikut highway Karak..boleh gak aku speed. sebelum pulang nak ler pekena selera orang2 ganu ni. layan larr pic2 ni..

pisang goreng + keropok lekor
sangat sedap!!!
sepinggan 2henggit tu..biar betuiii..sikit kan!!!!


ini dipanggil 'ABC'...order 3 piring
1st time aku minum ABC guna piring
patutnyer guna mangkuk kan..kan..kan!!!

sotong goreng tepung
besh..besh..sedappp!!!

percaya tak semua sekali ni aku bayar RM25henggit
gilosss mahall betuiii
apa yg special ntah..takkan sebab makan tepi laut up harga!!


tepat kul 6ptg kami mula gerak. memasuki highway pantai timur aku drive dulu dan bergilir2 ngan hubby sehingga lahh sampai di batu gajah jam 2.30pagi.

Huhuhu!! Macam nak demam ajerr nie….

October 28, 2009

undi tak??

7 puanrazma komen


korang layan ker tengok cita ni??? rasanya ramai yang turut minat tengok macam aku..aku memang layan abis cita ni. tadi pun siaran ulangan pukul 1am aku layann tgok ngan mum. actually seronok tengok celebriti2 ni buat gerak tari yang aku pikir calang2 orang dapat buat. aku kagum!!!! walau segelintir mereka bukan di kalangan dancer pun. dan aku tabik spring larr pada sapa yang bagi idea buat program realiti cam gini. dan aku rasa program realiti 'yang lain' semacam mual aku nak tengok. (abaikan yaa statement aku ni..)

minat..minat jugak..korang undi tak??? aku mengundi lerr jugak tapi tidaklah sampai berhabis-habisan. yang dapat duit dorang..kita dapat aper??? at least dapat membantu sikit dorang beramal kira2 kita dapat ler jugak pahala minimum. betul ngak!!!

korang agak2 aku vote sapa yek!!! haaa..aku tau..korang mesti sangka aku vote enot ya. hahaha..tidak!!! aku ngaku..aku tabik spring lagi sekali kat enot
sebab boleh menari walau berattt..tapi dia bukan pilihan aku yaa. kejam nyer aku..kejam..kejam!!! setakat ni aku vote 2 pasangan favorite aku..


ni lah 2 pasangan favorite aku
atas : Sein & Nana
bawah : Zul & Isma


(pernah usulkan andai kata join program ni..hubby dengan penuh yakin menjawab..bukan jadi 'Sehati Berdansa'..jadinya nanti 'Semati Berdansa'..huhu..kecik nyer hati akuu..)

October 25, 2009

zoo negara

6 puanrazma komen

cuti weekend ni aku menghabiskan masa di kl. port aku kat kl adalah umah kakak hubby kat gombak. actually aku selesa lepak umah dia. hari ahad kakak decide nak ajak kami2 ni gi zoo melawat haiwan2..sebab anak2 dia heboh nak gi zoo sangat. ahakk..lama tui aku xpegi..last pegi time tu aku sekolah rendah lagi. bayangkan..nak dekat 20 tahun dah. masih idup lagi ker haiwan2 yang ada pada masa tu di masa sekarang ni.



seawal jam 9.30am kami dah gerak dari umah. hajat datang awal sebab tentu2 larr time weekend ini akan berduyun manusia yang datang nak tengok haiwan2 macam kami..aku pasti!! jam 10.45 kami tiba..masih awal dan orang pun belum ramai lagi. memasuki pintu pagar..bapak punyer ler mahal parking sajerr RM4.00. ini belum kira kos tiket masuk lagi ni..mujur 2 kepala je nak kira.

tekaan ku tepat!!!..harga tiket untuk adults..RM20.00 seorang. itu kira2 kos warga tempatan..bukan harga pelancong lagi. kebetulan bibik kakak hubby ikut sama..terpaksa ler tipu katakan warga malaysia..klu idak bayar mahal.


2 wanita tu..mak mentua n kakak hubby
kami melawat2 melihat haiwan2 menaiki keta pink tu
sangat cute plak aku nengok!!!
(nak panggil kenderaan apa tu yek..)


ini larr our team
dr kiri..kakak hubby, adik, mak mentua aku & hubby
(apsal aksi2 aku semuanya posin
g menongging..)
uhhh..abaikan ajer!!!



ini antara gambar2 haiwan aku sempat snap
aku snap yang aku minat tgok ajerrr

1 haiwan yang hubby kata aku suker...tapi nampak bontot ajerr
sila teka haiwan apa ituuuu????
xsesuaiiii

tapi 1 haiwan ni yang paling aku sukerr
'Flamingo besar'
sangat sukerr sebab warna bulu2 nya menarik
ada putih..lite pink..ada oren



puas berjalan..perut pun macam kuar bunyi2 jer. padahal rsanya nak kuar umah tadi dah pekena..mee goreng + bihun sup + nasi goreng. (ini makan ker @ melantak!!!) kami terjah 1 restoran 'fast food' kat dalam zoo ni. aku tertarik ngan menu 'Nasi The Wild'..hebat!!! tapi..cuma indah nama ajerr..rasa bolehh larrr buat alas perut. sedap lagi kalau aku masak!!!!



komen aku...(aku rasa best lagi kat zoo taiping dan zoo melaka)

October 22, 2009

hari konvokesyen

13 puanrazma komen

jumaat lepas merupakan hari konvokesyen aku. di UiTM Shah Alam. yahooo..akhirnya!!! sangat gumbira time tu. aku seminggu nak konvo sangat stress sangat tertekan. macam2 rasa, takut, panik, risau, sedih, seronok. maybe macam tu ker..atau aku jer yang sangat emo

16 Okt 09..seawal pagi jam 6.30 pagi aku dah gegas keluar dari umah makcik kat PJ. aku lebih sukerr keluar awal dari tergesa2..almaklum tentu berduyun manusia kat sana. ternyata betul..sebab ikut jadual sidang aku seramai 1008 orang tidak termasuk keluarga. bayangkanlahhh!!! mujur aku dihantar oleh cousin aku yang kebetulan student kat situ maka xperlu lah aku n family menaiki bas..kami dihantar ke laman tangga dewan.

seawal 7 pagi para graduan mula berbaris panjang..dibuat ujian saringan H1N1. udah plak macam tu dipaksa pakai mask hingga ke dalam dewan baru dibenarkan bukak. sengsaranya...

melangkah nyer aku ke dewan..tiba2 jadi sebak. teringat kat arwah abah yang begitu teringin nak tgok aku konvo tapi tak kesampaian. jenuh aku menahan airmata nak keluar. selesai majlis penyampaian..memasing bergegas keluar mendapatkan ibubapa..aku dah mula emo..jenuh menahan airmata. aku cuba tahan sebak bila jumpa my mum..aku tau dia pun sebak tapi memasing pujuk hati masing2 xnak menangis. mujur berjaya!!!

aku port kat bawah khemah je bergambar. memang sangat keletihan nak ke tempat lain..memandangkan orang berduyun2 lagi lah aku malas. aku tengok memasing pun dah letih dan jam pun dah kul 12 tengahari harus bergegas balik sebab hari jumaat kan.


aku mendapat jambangan2 bunga
dari mum, hubby, adeq, mamaqaseh & cousin
macih..luv u all so much





western food

2 puanrazma komen

jarang2 sekali aku dapat kuar lunch berdua dengan en hubby. kebetulan hari ni hubby off..maka nak lunch berdua terlaksana. kebetulan dah berada di ipoh..aku rekues nak makan Western Food..ntah nape sejak 2 menjak ni serupa teringin plak. padahal baru 2hari lepas aku baru je makan ngan mum. aku ni berperangai kalau dah teringin sesuatu tu..itu jelah aku akan repeat makan sampai ler muak.
huhuhu..(agak2 bila nak berdiet ni..)

seperti dijanjikan..hubby decide nak bawak aku gi makan kat Restoran Laksamana Cheng Ho. makanan kat restoran ni boleh larr aku kategori 'sederhana sedap'. setakat ni aku belum jumpa lagi western food yang sangat sedap!! ada apa2 cadangan untuk aku terjah sambil aku buat siri 'jalan-jalan cari makan'.

yang paling aku sukerr kat sini (mari2 dengar aku nak buat promotion sikit) adalah jus jumbo..sangat jumbo!!!

lihat..

sangat marvellous
berkali2 sedut belum tentu abis lagi
haven!!!


agak2 mane lagi besar..aku @ jumbo ni
soklan cepu perak ni!!!

hahaha..aku lagi besaqq rupanyerr
nape boleh x perasan
tapi udah serupa larr plak, baju..air..alas meja

ala2 sedondon gitu
(perhatian yaa..air tu kongsi berdua..)



me & hubby decide ambik menu 'Western Delight'
hubby sudilah kiranya nak ler try menu ni..

Fishermen's Fish & Chips
RM 10.80
nama glamor sangat

aku mau ini..tetap setia
Grilled Lamb Chop
RM 13.80


terlaksana sudah misi aku nak makan 'lamb chop'
syukur..syukur!!!!

October 18, 2009

hapdet cerita open house yang dah basi

4 puanrazma komen

sikit punyer panjang tajuk entry. jenuh nak pikir apa tajuk yang very sesuai aku nak taruk..ujung2 aku terpikir..hentam sajer lahh.

memandangkan bulan Syawal mula menutup tirai..maka berakhir larr segala macam open house. kepada teman2 sekalian ini lahh saat nak continue ber'diet' kembali..hahaha (di pihak aku bukan continue..tapi baru nak mula..wakakaka)


sejak terbaca azam segelintir teman2 yang nak ber'diet'..aku mula memandang jauh, kenapa tidak aku yang ber'diet'. kira2 aku ni tergolong kategori harus dahhh ni. tengok body sekarang ni pun aku naik ngeri nak kaji..lagi2 disuruh timbang sangat lahh fobia ok. kenapa??? jangan tanya..aku tak sukerrr jawab!!!

berbalik kepada cerita 'open house'..aku nak ler berkongsi cerita open house yang sangat basi kat opis aku. time ni rasa2 nya Syawal ke-11 melibatkan 4 department join buat jamuan raya. memasing menyumbangkan menu2 yang berlainan. department aku decided buat bihun soto, lemang & rendang daging. aku plak sanggup nak buat kek coklat & koktail. kalau cita pasal open house takde gambar makanan tak sah punyer. mari2 aku kasi tengok..(aku kasi fokus menu depart aku jerr..kejikkk)


satu perkara yang paling aku sukerrr..menu2 juadah ktaorang licin. memasing puji sodappp..amat berpuashati.

mari2 aku kasi tunjuk bukti hakiki..


actually sangat seronok dapat makan2 cam gini selalu. time ni lah dapat jumpa staff2 lain depart..time2 ni lahh dapat bergossip bagai. kadang tak jumpa pun bila memasing sibuk dengan kerja masing2. harap function cam gini lahh baru dapat 'mesra'.

mari serang beramai-ramai
apsal kakak yang pakai baju purple tu sgt lahapp aku tgok!!!
(sila abaikan..)


selesai sudah aktiviti open house di tahun ini

October 13, 2009

cerita hari ini

5 puanrazma komen

hari ini aku mula bekerja memandangkan semalam aku 'cuti sakit'. huhuhu..hari ni dah sihat sikit..alhamdullillah. mood hari ni very slowly sebab aku terkandas nak pegi kerja maka en hubby perlu hantar aku pegi kerja hari ni. cerita bermula bila my adeq boleh terbawak kunci keta wife dia. kebetulan keta wife dia duk belakang keta aku. bila dah keta dia xboleh nak kuar maka tentu2 keta aku pun sangkut sekali (agak2 korang boleh paham ke cita aku ni..aku rasa macam jahanam je nak paham)

sesampai di opis pagi ni aku dimaklumkan ada lawatan ahli exco negeri perak. actually kedatangan ahli exco ni (
YAB Dato' Dr. Mah Hang Soon) dengan tujuan 'executive talk' bersama penjawat2 awam & 'program turun padang'. meninjau2 kawasan-kawasan sambil beramah mesra dengan penduduk2 tempatan. suatu pendekatan yang baik sebenarnya. aku kagum!!!! (ok2 aku komen sikit ajerr..no politik yaaa...)


agak2 korang perasan x aku kat mane??????
soklan cepu gangsa ni..

October 12, 2009

konvo part 1

7 puanrazma komen
agak2 apa motip taruk gambar berlatarbelakangkan toilet ni??? (langsung x relevan ngan tajuk entry) since tgok kak cok yg rajin buat aksi2 diva (sila jgn marah ok!!!)..aku agak teruja nak follow. ahakkk2. aku sukerrr..kira2 ada ciri2 kesenian di situ. aku nak kasitau larr kat uolls yang belakang tu toilet kat Dewan Budiman, UiTM Shah Alam. sabtu hari tu aku berkesempatan ke sana untuk mengambil jubah dan majlis raptai.

ceritera bermula..hari jumaat petang aku dah gerak bebas ke kl. sebab esoknya seawal pagi jam 8 aku haruss berada di uitm. aku stay umah kakak hubby kat gombak. aku kalau ke kl memang port tetap umah dia larr. sebelum tido aku remind kat hubby sruh kejutkan aku..ewahh..patut ker bagi arahan cam gitu..adalah patut si isteri yang patut bangunkan si suami. tapi bagi kes aku ni sgt berbeda yaa..aku sure2 x sedar sebab kekadang 'tido mam
puss'. sejak kahwin sampai la ni nak dekat 4kali anniversary..memang hubby yang sedar awal..aku harap ampun larr..comfirm x sedar2 diri. huhuhu

pkul 6.30pg aku dah kuar umah dengan harapan x nak rushing sgt di samping nak elak kesesakan. otw tu ntah cmne aku tgok2 jadual..tetiba..mulut aku terlopong sebab aku terpandang time aku ambik jubah jam 11pg. ntah cmne aku boleh nampak jam 8pg. percuma je aku dapat jeling maut oleh hubby. malas nak patahbalik ktaorg decided lepak umah kakak hubby yang duk kat damansara damai. kebetulan dia pun nak kuar..nak service keta dan dia rekues nak
follow aku ambik jubah. aku sukerr!!! maka aku konvoi ler PJ, drop keta dia terus lah bergerak ke shah alam.

sepanjang aku kat sana..kakak hubby yang banyak tanyer prosidur2 nak ambik jubah. aku just follow dia jer..macam dia plak yang nak am
bik jubah. aku rasa mudah plak bila semua2 hal kakak yang kasi settle. syukur2!!!

sepanjang di sana aku kurang snap gambar. aku pun pelik mungkin sebab time tu tengahh happening kot..orang pun ramai so xder kesempatan nak capai kamera. aku sempat lar snap gambar dalam dewan.

time ni dewan dah kosong sebab raptai utk sessi pagi dah settle
aku sessi petang..pkul 3.30ptg
sangat teruja!!!
ini klu ada my adeq comfirm2 kena gelak pantas!!
sebab dia ni suker drop kakak dia yang sorang ni
siap tanyer "jubah ko nanti ada saiz ker.."
ada kaa patut aju soalan cam gitu kat aku
rsa nak ajerr aku lempang laju2


dalam kegembiraan ni..aku tetiba teringat kat arwah abah yang begitu berhajat nak tgok aku konvo..namun
hajat tidak kesampaian

October 09, 2009

jalan-jalan cari makan lagi

4 puanrazma komen
hari ni aku half day..masuk kerja petang. ada istilah ker cam gitu masuk kerja belah petang, udah serupa kerja shif plak..huhuhu. semalam aku pulang lewat..nak dekat pukul 8 baru smpai umah. ini gara2 nak siapkan report yang tertangguh. akhirnya..settle gak!!

esok aku turun kl..utk ambik jubah utk konvo next week. aku berkira2 nak service kereta memandangkan dah buat appointment maka haruss lah pegi kan. mujur boss bagi izin..hahaha..diluluskan ke pun ntah!!! sesampai di tempat service mujur lahh kereta x banyak. bila tgok rekod service aku diberitahu dah patut buat 'major service'. mula mengaru kepala dah ni sebab major service nak dekat 4rat gak...huhuhu

settle urusan service..aku rekues nak makan 'Chicken Rice Shop'. dah lama tui rekues..kira2 nak dekat 2 bulan tu. akhirnya tercapai gak hasrat nak makan. sangat best makan time tu sebab kami berdua sajerr. huhuhu..time keja kan harus lahh xder orang.


aku pilih set ni
sangat jimat ok!!


selain itu
rekues utk tambahan lagi
en hubby yang rekues....aku x yerr!!!



tadaaaaaa.....


nak minum ke nak buat mandi nie
aku tgok budak pompuan yg ambik order tu..buat muka pelik ajerr
aku idak kisah pun..huaaaa


makan-makan sambil menikmati suasana yang sangat best itu
haruslah sedar diri yang aku ni tengah ponteng
kan sekarang ni waktu kerja wahai akak



huhu..akak terluper sebentar
baru nak feeling2 romantik
nampak..muka orang puasss
hajat nak makan tercapai..ahakkk!!!


setelah puas makan..aku mau singgah membeli belah sedikit. jalan punya jalan hanya ini yang sambar. semua nyer sumber makanan aku nengok!!!


October 08, 2009

syurga cinta aku

5 puanrazma komen
sekarang ni aku mula meminati utk menonton ceritera ni
kira2 nyer minat tu bermula dr mum
aku tgok mum begitu layan tgok cita ni hinggakan..
sanggup tu berjaga smpai pkul 12

malam tadi aku berpeluang tonton cita ni
ternyata memang best!!!
memang layan!!!
nasib tayang sebulan..bleh ler aku ngn mum tgok smpai lebam
huhuhu

actually..cita ni byk bagi info tentang agama
bagaimana agama dpt membentuk sahsiah dlm diri seseorg
bagaimana dpt membina 'syurga cinta'
wahh...agung nyer!!! ahakkk2
aku sukerrr

jiran keji

5 puanrazma komen
aku nak berkongsi 1 cerita pahit..kisahnyer jiran sebelah aku yang sgt keji. selama aku berjiran ngan dia hampir 9 tahun xpenah pun walau sekali aku ambik tau hal dia. xpenah pun aku ambik tau urusan dia laki bini..urusan dia anak-beranak. tapiii..sejak akhir2 ni makin menjadi2 perangai keji dia buat kat aku dan family aku. memang berusaha nak cari gaduh ngan aku

yang paling latest perangai keji dia..

lihatttt!!!!

sila lihat tong sampah ituuu
itu hakmilik dia..hartabenda dia
yang buat aku 'angin' perangai dia
tong itu boleh plak letak betul2 pada mini pagar mum aku
itu pun kira dah jauh skit..sebelum ni betul2 kat pagar tu larrr
nyaris2 aku nak humban dalam sg perak
mujur...aku kena marah ngan hubby sebab cari pasal


tgok kawasan punyer luas utk taruk benda busuk tu
tapiii kat tepi pagar tu jugak dia taruk
memang nak cari nahas ngan aku jer ni
sabar..sabar!!!
jgn sampai tahap kesabaran aku ni meletup2
memang siap aku letup kan pompuan ituuuu


bilakah orang2 sebegini akan insaf!!!!

October 07, 2009

mail dari uitm

5 puanrazma komen
hari ini aku kurang cergas bekerja. sejak last week aku asyik sakit kepala..rasa nak pitam rasa nak mual. en hubby dah pohon suruh aku ke klinik buat check-up..kot2 ada penyakit sampingan. plan esok larr aku pegi kalau masih x berkurangan.

keadaan berlarutan smpai tengahari..so mintak halfday kerja. terasa kepala berat sgt dan mula nak rasa pitam. aku pikir maybe mengadap monitor terlalu lama smpai aku jadi muak kot. smpai di rumah aku terima mail dr uitm. terang2 kat sampul tertulis 'Konvokesyen UiTM'..mesti ada info tentang ambilan jubah dan majlis raptai sabtu ni. i'm so excited!!!

mail for me!!!

mengikut angka giliran aku..nombor 455
sangat banyak!!

isi kandungan sampul
~peraturan2 majlis
~pelan penempatan graduan
~slip angka giliran utk majlis raptai
~slip semakan kajian pengesanan graduan


sebelum terlupa
aku masih lagi belum settle mengisi borang pengesahan kajian
sgt panjang step yang perlu aku ikut
help me!!!

October 06, 2009

cerita semalam

2 puanrazma komen
semalam adalah mood monday yang malas. setelah bercuti-cutian haruslah liat nak bekerja kan. aku seawal pagi sudah bergegas ke opis..reason..masih ada kerjaan yang belum beres. due date nak hantar report adalah semalam tapi aku gagal nak siapkan atas reason yang munasabah aku pikir. aku cuba utk komited pada kerja2 aku..tapi kekadang sikap memasing yang bersifat 'janji settle' aku pikir kurang utk aku ikut. tradisi begitu aku langsung tidak bersetuju 100%. aku xmendapat kepuasan bekerja serupa itu.

berbalik kepada mood aku hari tu tidaklah terganggu sgt. cuma berubah di petang hari. memasing membuat urusan sendiri sehinggakan aku keseorangan di opis. diulangi keseorangan. sgt kasian kan!!!! memasing ada yang bermesyuarat, berkursus, bercuti..huhuhu..aku setia berada di opis. aku akur!!!

sibuk ker aku???
masih sempat lagi beraktiviti syok sendiri
bila dah sorang cmtu perangai nyer..SS
sebenarnya nak hilangkan tension
mengadap monitor naik juling bijik mata


ini lah meal aku tengahari tu
dah lama idam baru semalam dpt makan
ahhh...twister pilihanku
 
Background by Jennifer Furlotte / Pixels and IceCream