December 31, 2009

Happy New Year 2010

4 puanrazma komen

Tinggal beberapa jam sahaja lagi, maka tahun 2009 akan melabuhkan tirainya menandakan permulaan bagi tahun 2010. Adalah menjadi kebiasaan, menjelangnya tahun yang baru, kita akan memperbaharui tekad dan keazaman demi mencapai matlamat yang disasar serta dicita-citakan.

:)

December 29, 2009

Cantik tapi bahaya

4 puanrazma komen

December 27, 2009

Sazzy & Nazril Kalah, Sein & Nana Juara Sehati Berdansa Musim Ke-3

4 puanrazma komen



Setelah mendapat pujian melambung dari juri dengan kutipan markah sehingga 100% beberapa kali, lakukan stunt dan gerak tari yang berbahaya dalam setiap persembahan tarian dan sokongan penuh dari peminat...akhirnya Sazzy & Nazril kalah di tangan pasangan Sein & Nana.

Dengan kejayaan itu, Sein & Nana telah memenangi hadiah berupa sebuah kereta Audi A4(1.8), pakej percutian ke Rom (Itali) serta trofi rebutan sumbangan Astro. Selain berjaya mengumpul RM20,000 untuk rumah kebajikan yang mereka wakili.

Pasangan Sazzy & Nazril pula terpaksa berpuas hati di tempat kedua dengan membawa pulang pakej percutian ke Australia dan trofi serta dana kepada rumah kebajikan mereka berjumlah RM15,000.

Dalam acara kemuncak ini, kedua-dua pasangan telah ditugaskan menari mengikut 2 genre lagu iaitu Melayu Kontemporari dan Latin. Sejak pusingan tarian yang pertama, pasangan Sazzy & Nazril telah mendapat sorakan yang lebih kuat berbanding pasangan Sein & Nana. Namun ini tidak melemahkan semangat pasangan Sein & Nana untuk terus memberikan saingan. Tidak dinafikan kedua-dua pasangan itu telah menunjukkan persembahan yang hebat dan membanggakan..

Suasana di dalam dewan B, PICC Putrajaya seperti tergamam dengan keputusan muktamad itu. Ada mengharapkan kemenangan kepada pasangan Sazzy & Nazril.

Mengapa? Apa silapnya? Ternyata undian SMS tidak berpihak kepada Sazzy & Nazril


:)

December 23, 2009

:)

0 puanrazma komen



segalanya bermula di sini

December 22, 2009

Kenangan lalu..RPS Ipoh 1993-1998

0 puanrazma komen


Form 2 Dahlia


Form 3 Dahlia


Form 4 Dahlia


Form 5 Dahlia


Form 6AM

December 21, 2009

Padang Kota

8 puanrazma komen


Weekend ni aku ke Penang

Knowing Penang popular dengan Pasembur. So tak sah le kalau tak pekena kan..maka aku ke Padang Kota. Lama sungguh tak ke sana..last aku pegi time tu sekolah lagi. Long time ago..


Jenuh dok pikir kedai mane yang besh..aku decided pick kedai nie. Menggunung segala macam pasembur. Bikin aku tertarik..huhuhu

Pilih bang..nak itu yer..tambah nie yer..yang itu pun nak..


Terhidang...rm27.00. Ushhhh mahal jugak!!!
Apa lagi...serangggg


Dah puas makan Pasembur..disulami dengan Kerang Bakar..Nasi Goreng Pattaya..ABC. Urllppp..alhamdulillah!!!!

Kami duk lepak tepi-tepian laut ni sambil hirup udara dan dibuai tiupan angin laut yang memang kencang.

Around 10.30pm aku gerak pulang..kul 1.30pg tiba. Huhuhuhu

Pics yang lain?????

……:)

December 17, 2009

Salam Maal Hijrah

2 puanrazma komen
Salam...

Selamat menyambut Awal Muharram pada semua..

Hepi weekend dan selamat bershopping bersama insan yang tersayang..

Daa..

Rabu

4 puanrazma komen

Hari Rabu yang sangat ujian bagi aku...sebab???


Sob..sob..sob...

Hari rabu lepas aku turun Ipoh untuk settlekan segala bil-bil credit card. sambil2 bersosial secara solo aku berhajat nak ke Jusco..hajat nak cari heel. Jemu plak asyik pakai yang lama jer..bernapsu nyer akuu!!!!!

Tetiba..JPJ ada buat roadblock. aku dengan gaya confident nya maju ke hadapan.

Hahahaha..sesuatu telah terjadi. Sorang peg JPJ suh aku ke tepi. Motip???? Aku pun buat2 bertanya..Bushhhh..Roadtax keta aku dah mati..

Lihatttt...


Macamana aku boleh luper benda sebesar ni. Bayangkan nak dekat 10hari merata dah aku bawak. Mujur lah kena tahan..kalau idak aku rsa sampai sekarang masih tak sedar roadtax ni dah mampussssssss....

Yang salah tetap salah kan...kan. Harus terima tu. Dengan sebak capai telefon..terus call hubby. Huhuhuhu..hubby outstation kat Parit Buntar. Jawab nye aku kena settle sendiri.

Maka..dapat surat cinta dari mereka2 ni. Saman ya u olls. Perintah hadir mahkamah 17 Mac 2010..Haarggghhhh..Ini 1st aku jadi cam gini..Suatu pengajaran bagi aku..dan jugak bagi hubby yang nape tak nak ingatkan akuuu...

Sob..sob..sob

December 12, 2009

Farmville

9 puanrazma komen


Salam...

Saper minat layan Farmville?

Huhuhu..fav my adeq tu..wife dia pun layan. asal malam jerr memasing start bertanam-tanaman mereka. (Matikklah klu terbaca statement aku ni..)

Ngeeee:)

So, dek teringin tengok mereka ni...aku mula rekues kat my adeq..pleaseee!!! sila jangan cerca aku..ok!

Besh ruper nyer….Hehehehe..nie gara2 mereka ni lahh..bagi wabak kat aku. Aku kira2 budak baru belajar..comfirm2 aku kerah adeq aku buat...hohohoho


Nak set alarm..kul 4pagi nak bangun..nak menuai u olls..

Night..

December 11, 2009

Seminar Motivasi..besh!!!!

0 puanrazma komen

Salam Petang Jumaat U Olls…..

Tatkala kalian semua membaca entry ini..aku duk di rumah..cuti!!! ada urusan kerjaan yang nak disettlekan. huhuhuhu

Semalam aku attend 'Seminar Motivasi & Kepimpinan'. yang sangat keterujaan nyer aku..penceramah Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah. Suatu kerugian kalau tak attend kan..kan..kan

Banyak info sepanjang seminar tu..memang tak kering gusi, gelak!!!! Setiap motivasi yang di bagi semalam..aku dah praktik semalam. sila percaya ok..

Alhamduliilah..Moga Allah memberi panduan pada aku untuk menjadi anak..isteri..pekerja yang cemerlang. Amin...

Selamat bercuti yaaa..

Selamat menghabiskan masa bersama family tersayang.

Daaaaaa……

Happy Weekend!!

December 10, 2009

terjumpa ini...

8 puanrazma komen
Salam semua..

Seharian hari ni aku layan FB. sambil2 terjah foto album rakan-rakan zaman2 sekolah dulu..guess what?????

Aku terjumpa nie...

dari kiri...aku, siti zubaidah, emil shaqira, maziah
dua dari kanan..aku luper sgt nama diaorang..harap ampun!!!!!!

Waktu nie...ermmm...form 3 kot, RPS Ipoh '94. Aku serius gelakkkk besar bila tgok pic2 ni. I miss that moment!!!!! Zaman menggiler memasing..pikir nak main ajerr.

Planning nak buat reunion!!!!


Mereka2 yang masih aku ingati...

Huhuhuhuhu

December 08, 2009

baju korporat

13 puanrazma komen

Salam

Hai semua...

Nak share sesuatu ngan korang semua. actually apa yang aku nak share ni tidaklah sangat istimewa..tapi..scaryy bagi aku ok!!!!

Huhuhuhu

Just nak bagitau..kat opis aku, untuk penghujung
tahun ni setiap staff dapat sepasang 'Baju Korporat'. maka aku received baju tu petang tadi. Sesungguhnya jika tidak sesuai untuk aku..macamane???? At this moment..dalam kepala ni dah pikir ok ke aku pakai sebab berdasarkan previous series..setiap baju korporat yang aku dapat..cam jahanam je bila aku pakai.

Aarrrggghhhhhh!!!!!!

Perkara utama balik kerja..fitting!!!!

Oklah, not bad..puashati. Nak kata buruk..tak ler sangat. Nak kata lawa pun tak ler sangat. Bolehlahh!!!! Tangkap muat..sesuaiii ngan my body ok!!!!!


[ gambar terpaksa di'blur' kerana cermin lama tak polish,berkarat!!!!! ]
huhuhu..rajin sangattttt



Hahahaha!!!! sian aku kan...

December 07, 2009

'Nenek Kebaya' final episode

7 puanrazma komen


nantikan malam ini...jam 8.30 di TV9

daaaa...

Selamat menonton!!!!

KB Mall runtuh

2 puanrazma komen

pagi tadi dikejutkan dengan berita "KB Mall runtuh". benar-benar mengejutkan bagaimana kereta boleh menjunam sebegitu.



more info, clik here

December 03, 2009

Best Blog Award

9 puanrazma komen

Yehaaaa...

1st time dapat award tau..ianya dari kak Faiz..thanks my dear. really2 appreciate it!!! Best Blog Award..best sgt ke????

ngeeee:)

dah senyum tahap koyak bibir dah ni..huhuhuhuhu

kursus

3 puanrazma komen
salam semua...

isnin lepas aku cuti..ke penang. takde urusan ape pun..just send kakak hubby kursus insentif kat USM for 3weeks. lama tuuuu!!! sangat gigih kakak hubby study..anak 4orang..bayangkan..boleh handle hal kerja, hal rumah n hal study plak tuu..aku tabik sring larrr kar dia.

otw balik..dapat call dari opismate bagitau aku kena attend kursus komputer esoknya. aku zass singgah opis nak ambik memo.

huhuhuhuhu..

kursus komputer Microsoft Office 2007. perlu ke aku pegi!!!! sure boring..memandangkan dapat sijil..kena akur!!!! seharian plak tu..8.00pg hingga 5.00petang..tidakkkkkk


November 29, 2009

@ TV3

5 puanrazma komen

pukul 9.oo tiba kat umah. mujur sempat nak tengok siri 'Nur Kasih'. final episode plak tu. harus tonton walau ape pun..nak repeat tengok online dah tak beshh dah!!!

belum mandi, belum makan aku dah melepak depan tv. perut dah menyanyi..seharian tak jumpa nasi sebab kat hospital berbekalkan roti je makan.

huhuhuhu...

segera..memasing bawak nasi dengan segala lauk2 makan sambil menonton depan tv. layannnn...ngeeee:) Happy ending of coz lahhhh….sukerrrr!!!!! yang jahat si Sarah dah dapat balasan, dah insaf..Nur dan Adam dah bersama semula..Aliya dan Aidil kembali bahagia. tapi ending aku tangkap nangisss. touching plak bila last2 dia jumpa bapak diaorang

Sob..sob..sob

aku layan plak cerita Taubat Nasuha @ TV3 lepas tu. korang tengok tak??? memang beshhh..kisah kasih sayang ibu yang agung sangat..macamne nak handle laki yang baran, hari2 berdoa anak bini menyusahkan hidup dia, hidup sorang lebih baik..akhirnya doa menjadi kenyataan...ending sangat sedeyyy. aku tangkap leleh lagi..uhukkk..uhukkk..uhukkk!!!

2 kali aku kena gelak...tengok citer melayu pun meleleh..mane buatnye kan..dah airmata nak kuar tak boleh nak tahan2. yang pasti aku puas bila tengok citer2 camtu sambil nangis..huhuhu

korang nangis takkkk?????

November 28, 2009

pagi raya

6 puanrazma komen

salam semua...

pagi raya aku di umah mentua. kecoh!!!!

adik ipar hubby masuk wad pukul 1pagi..nak bersalin. aku plak bantai bangkit lambat..keletihan buat kek kekdahnya. huhuhu...juadah untuk raya udah settle. macam-macam ada!!!! lemang, nasi impit, mee kari..menu breakfast pagi tu nasi goreng pedas, mee goreng, cempedak goreng.

aku pagi2 dah gegas ke hospital. lepas mandi, makan gerak...huhuhu. beraya di hospital!!!!


sampai di hospital..dapat info sejak dari pukul 1pagi sampai pukul 9pagi baru terbukak 2cm. maklumlah anak sulung, payah sikit!!! (mak yang kata...) sepanjang menunggu tu aku makan..tido..makan balik..capap kamera sana sini. boringgg sungguh menunggu!!!

tepat jam 1.25petang..adik ipar hubby selamat melahirkan..baby girl, 3.2kg.


welcome sayang!!!!
Qaisara Nur Amani binti Zaidi


bila agak2nya nak timang anak sendiri ni
huhuhuhu....

November 26, 2009

malam raya

2 puanrazma komen
Salam...

esok raya..memasing tentu sibuk prepare juadah untuk esok. di pihak aku nak buat kek..hehehe. di pihak mak pulak nak masak laksa ngan nasi impit. nasi impit ngan kuah kacang memang menu tradisi mak..sebab anak2 dia sukerr makan.

malam tu aku gigih buat 3 biji kek. (sila percaya ok!!!!)

2 biji kek coklat ngan 1 biji kek masam m
anis. nakk buat kek coklat semudah abc jerrr..yang buat nak nangis buat kek masam manis sebab nak dekat 2jam baru settle. hajat nak buat 2 biji..tapi nak siapkan 1 biji pun sampai nak kuar airmata jerrr

huhuhuhuhu

settle segala nyerr..aku gegas balik umah mak hubby. sebab ikut turn raya haji balik sana. yelah aku dah chopp raya puasa umah aku..hahaha (keadilan di situuu..)

sila jeling2 yaaa
1st time buat kek coklat ni

AidilAdha

2 puanrazma komen

Salam…

Kesempatan ini, aku dan en hubby ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha.

Mohon ampun dan maaf andai terlanjur kata-kata yang menguris hati dan jika ada perilaku yang menguris perasaan rakan-rakan semua.

Semoga di bulan yang penuh kemulian dan pengorbanan ini menjadi permulaan baik bagi persahatan kita semua.

Maaf Zahir Batin

Salam Sayang Buat Semua

November 24, 2009

nenek kebaya

6 puanrazma komen

korang layan 'Nenek Kebaya' tak????

aku suggest korang layan citerrr ni...besh sgt!!!! comfirm. mula2 tengok aku reject tapi bila dah banyak episod macam besh plak. kat umah ni 2orang je yang layan..mak n adik ipar aku. tapi la ni aku yang dulu melepap depan tv

huhuhu...

aku sekarang dah tak layan sangat citerrr 'Nur Kasih'. perasan tak..nak dekat last episod, ending dia macam hampeh je aku tengok.

kepada korang2 yang belum penah or baru nak tengok citer 'Nenek Kebaya' ni..aku uploaded ler sinopsis untuk panduan korang2 sume. kang tak paham plak apa kisah sebetul2nya

ngeeee:)

sweet 30'

2 puanrazma komen


hari ni genap usia opismate aku, aliya yg ke-30 tahun

scary okayyy...

Happy birthday dear

huhuhu..welcome to the club noks!!!

Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan semoga cepat menimang cahayamata…itu yang sangat penting ok!!!

Semoga happy selalu

Semoga maintain cute....muahahahahaha

November 21, 2009

sabtu yang suam-suam

9 puanrazma komen

ekceli takde benda nak hapdet
cuma nak nyatakan kat sini
hari ini merupakan hari sabtu yang tak berapa indah bagi aku
huhuhu...sebab????
takde aktiviti sosial..nak keluar berhiborr pun hubby kena 'kerja'

lagi pulak aku dapat perintah berkurung dari mak sebab mintak aku tolong jaga 'budak kecik'
hajat hati nak lepak kat opis..sambil2 mengemas2 workstation aku yang melampau seleraknya..tunggu masa jerr ni nak kena sound ngan boss
huhuhu..kasi pospone!!
maka duduk di umah sajerr sambil layan 'budak kecik'
siappp ko budak!!!!

seharian di umah..ngadap lappy smpai lebam kekdahnya
ngeeee:)

bukan setakat aku jerr lebam..ada lagi sorang!!!!
siapa???
ni haaaaa

matikkk lahhh klu mama nmpak ni
kasi anaknya makan benda ituuuuu!!!!
budak kecik ni pantang sapa2 duk ngadap lappy
dia dulu..teruja2!!!!!
(capture by webcam)


esok ada makan2 kat umah mak hubby
kalu rajin aku hapdet!!!

November 20, 2009

aiman oh aiman

8 puanrazma komen

selasa lepas hubby dapat call dari mak dia. aiman suspek apendix, harus segera ke specialist nak buat check-up. ermmmm...macamana tuh????


kembali dr klinik..mak hubby zass ambik aku laki bini. otw ke sana mak hubby nangis jer bla dengar cucu dia ngerang sakit!!!

aku ngan hubby dah dapat signal dulu sebab seharian ktaorang sakit perut. dapat alamat rupernya. smpai kat spital..terus ke emergency room.


yang terbaring tu la aiman, 7 years old. turut kelihatan mak mentua aku ngan adik hubby. doc tengah buat check-up utk makesure apendix or not.

result..kena admit wad. perlu puasa smpai pagi sok then doc akan check +ve or -ve. pagi esok nyer..comfirm apendix. perlu buat mi
nor operation. mak mentua aku bila dgar..sakit!!! sian aku tgok..sayang sgt kat cucu sorang ni.



alhamdulillah...

semua dah selamat. mula2 kuar bilik operation..nangis je, yelahh sakit kan!!! time ni admit kat wad..sangat besh wad nyer..1st class.

aiman oh aiman
moga cepat sembuh yaa...

November 19, 2009

dulu-dulu...

9 puanrazma komen

lately nie asyik tak boleh tido on time

asal nak lelap mata..ader je pikir macam2 hal. nak kata pikir masalah..takde pun. tetiba time tengah serba tak kena ni..aku terimbas larr kenangan masa zaman sekolah dulu. aku buat sessi geledah album2 lama. terjumpa sesuatu!!!!

satu persatu gambar aku belek..setiap gambar2 tu ada memori2 manis, duka, pilu, pahit, kelat, tawar, jahanam..semua ada!!!! actually zaman sekolah zaman yang paling besh. cuma time tu kita asyik terpikir.."besh kan bila dah kerja"..tapi bila sekarang ni selalu2 plak terpikir.."kan besh kalau dapat ke zaman sekolah balik"

huhuhu...

hasil aktiviti2 geledah di malam buta..aku terjumpa larrr gambar2 nie. semacam review balik step pembesaran aku. kadang musykil jugak dengan size badan sendiri ni..atas sebab faktor apa..pemakanan?? kurang diet???

aduhhh..mula pening plak nak pikir. meh2 layan gambar2 ni sudah!!! hal tu nanti2 aku pikir..ngeeee :)


gambar masa aku tadika..kat Port Dickson
jangan xcaya..aku 1 sekolah ngan mmbr blogger aku, aliya
(sila kesan di mana aku...huhuhu ~riben merah ituuuu)
ralat : ada kesan penuaan sikit kat gambar ni. kena air kot!!!


nie plak aku Darjah 2, kat Kuching
(pssstttt..nmpak tak muka budak lelaki yg sekerat tuu..dia admirer kat aku)
sila percaya ok!!!
tapi yg pelik nyer aku tak ingat langsung nama dia sekarang
apa yek???


gambar nie masa aku Form 1, Sg Petani
musykil...aku hitam. kenapa????
tapi body slim kann..at least aku merasa gak kurussss


nie plak Form 4, Ipoh (Raja Perempuan School)
time ni tngah giler study group
setakat ni..mmbr pakai baju color merah tu dah kahwin, anak dah 3org
yg 2org lagi tu masihhh andartu..huhuhu


nie gambar paling aku sukerrr
motip???
sebab nie lahhh cikgu yg paling aku sayang, betul!!!!!
time ni aku Form 6, Ipoh
banyak kenangan..banyak memori



terperasan sesuatu tak???
huhuhu
semua2 gambar...aku paling besar!!!!!
kan...kan

(mak aku cakap..senang nak cari kalau hilang)

 
Background by Jennifer Furlotte / Pixels and IceCream